Anak-beranak antara tiga individu yang ditahan bersama 21 ketul ganja mampat bernilai RM52,500, dalam serbuan polis di sebuah rumah dekat Pinang Tunggal, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata serbuan menemui 21,885 gram ganja di dalam sebuah beg hitam dekat rumah terbabit.